06 December 2011

Kos Braces Klinik Pergigian Faridah


Tajuk memang mengancam habis! Hopefully dapat bagi info dengan semua pembaca yang nak tau kos memakai braces. Terutamanya yang berada di Kedah/ Perlis.  Kos memakai Braces di Klinik Pergigian Faridah.



Ini adalah quotation daripada Klinik Faridah bagi kat aku masa 1st time bagitau kat Doktor tu "Saya nak pasang braces "....

                 HARGA :RM3,600.00
                 (tak termasuk retainer, kos cabut gigi, kos x-ray, dll)

                 Deposit : RM1,800.00  (separuh daripada harga Braces)
                 Bulanan : RM180.00 x 10 bulan
                 Retainer :RM600.00 
                 (cara bayaran RM300 x 2 bulan  atau  RM60.00 x 10 bulan)
                

  
Ok, ada apa-apa soalan di bahagian ni?


Tak da?


Mari kita teruskan...
       1st check-up : 

                            1. Deposit - RM1,800.00 
                            (ini PENTING, once ada deposit, baru bole proceed)


                            2.  X-RAY di PMC  - RM246.00 
                            (X-RAY siap SEGERA & bole hantar ke KLINIK FARIDAH hari tu juga)
                             
                            
                            3. Parking kereta di PMC - RM2.00
*untuk makluman pembaca, PMC juga ada klinik gigi. Jadi, kalo nak  pasang  BRACES kat situ pun boleh. Tapi masa aku pegi tu, aku tanya nurse kat klinik gigi tu, dia cakap  DAH CUKUP KUOTA untuk pasang BRACES tahun ni di PMC...erkkkk??? private pun gitu pulak....
                         
 
Lepas dapat X-RAY,  aku terus hantar ke Klinik Faridah . Doktor suruh tunggu call dari dia untuk next appointment. Balik la ke rumah, jangan la berkampung kat klinik tu plak... 


Seminggu kemudian, baru dapat call dari klinik. Doktor bagitau aku kena cabut gigi dulu. Dua batang gigi atas, dan dua batang gigi bawah ( gigi di belakang gigi geraham)



    2nd check-up :  Cabut gigi sebelah kanan (atas bawah) & pasang separator
                               Kos : RM70.00 (untuk 2 batang gigi)


     3rd check-up : Cabut gigi sebelah kiri (atas bawah ) & pasang separator
                          Kos : RM70.00 (untuk 2 batang gigi)
     4th check-up: Untuk kes aku sahaja. Aku pakai braces di gigi atas dulu.
                         Kos : RM180.00 

     5th check-up:  Pasang braces di sebelah bawah
                              Kos : RM180.00




Setakat itu saja info aku. Sebab aku pon baru ja lagi pakai. Next appointment aku pada 24 Disember 2011 ni. Katanya aku kena bayar double (RM180.00 x 2 bulan) sebab bulan November ni aku tak da appointment pongg...


So...aku update kemudian ya kos-kos seterusnya. Harap dapat memberi maklumat berguna kepada kalian semua.




*kamera hilang! macam mana nak buat entry bergambar lepas ni...hadoihhh...sadisss!




Terima kasih kerana membaca!





Babai

6 comments:

  1. salam kak beni.. =)
    agk2 skit tk kena cabut gg?
    brminat nk pkai braces tp tkut gg kna cabut...hu3

    ReplyDelete
  2. ziela : tak sakit lah cabut gigi. mengikut pengalaman kak beni cabut di klinik faridah, memang tak rasa lah sakit tu. tempat lain, kak beni tak pasti pula. :)

    ReplyDelete
  3. Napa appoinment 2 bulan.. Bukan setiap bulan Kena jumpa kan

    ReplyDelete
  4. kalau pakai braces pda bhagian gigi dpan atas shaja bleh tak?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Deposit tu kena bayaq cash RM1800 ka? kalau deposit tu bayaq sikit-sikit boleh dak? yang retainer pulak kena bayaq sekali dengan deposit atau boleh tunggu bulan-bulan seterusnya?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, kak, brp lama tempoh nak pasang braces tu.maksud sy dari first app sampai yg ke5 tu?

    ReplyDelete